Ahli Fitness First Di Setia City Mall Disahkan Positif COVID-19

Boleh dikatakan hampir semua pusat membeli belah di Selangor kini mengumumkan kewujudan kes positif Covid-19 di premis mereka.

Rentetan itu, satu lagi kes berlaku di Setia City Mall, Setia Alam yang membabitkan seorang ahli di salah sebuah pusat gimnasium, Fitness First.

Makluman itu dideahkan sendiri menerusi Facebook Setia City Mall. Malah kesemua pekerja yang bertugas difahamkan telah melakukan ujian saringan Covid-19 dan akan mula menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Advertisement

Fitness First dan seluruh pusat membeli belah itu telah menjalani proses sanitasi dan nyahkuman.

Bagaimanapun, pihaknya memaklumkan premis mereka masih berjalan seperti biasa dan proses mengenalpasti kontak rapat makin giat dijalankan dan akan dimaklumkan kelak.

Comments

comments