Ahli Kimia Ini Dedahkan Rahsia Di Sebalik Keenakan Resepi Kari Ayam Sugu Pavithra

sugu pavithra

Sugu Pavithra antara YouTuber yang semakin menambat hati rakyat Malaysia dengan video-video masakan yang dihasilkan olehnya. Sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh YouTuber pasangan suami isteri ini pasti mendapat perhatian ramai. Sebelum ini, sesi fotografi yang dilakukan oleh Sugu turut viral di media sosial.

Baca: Tular Foto Sesi Fotografi YouTuber Sugu Pavithra, Netizen Puji Aksi Wanita Ini Di Depan Kamera

Resepi-resepi masakan yang dikongsikan juga sering kali menjadi ikutan ramai kerana ianya ternyata menjadi dan hasilnya juga menyelerakan. Seorang ahli kimia, Che Puteh Osman juga tidak terlepas daripada mencuba sendiri resepi dari Sugu Pavithra dan mengkaji rahsia di sebalik keenakan resepi itu.

Rahsia resepi kari ayam

Advertisement

Ahli kimia ini memberitahu rahsianya terletak kepada kaedah memasak yang digunakan oleh Sugu iaitu menggunakan tomato. Berdasarkan video yang dimuat naiknya, ayam tersebut dimasak sehingga lembut tanpa menggunakan air. Malah, kari juga dimasak tanpa air.

“Tomato dan ayam adalah makanan tinggi glutamat.”

resepi

Selain tomato dan ayam, makanan yang ada glutamat adalah produk tenusu, telur, itik, daging merah, ikan, jagung, peas, lobak merah, bawang dan bayam. Selain itu, daun bawang juga tinggi glutamat.

“Saya biasanya memasak kari ikan dengan menumis bahan tumis, masukkan rempah yang dibancuh, setelah pecah minyak saya masukkan air asam, tomato, bendi, ikan dan santan.”

kari

Kaedah memasak berbeza

Ternyata selepas mencuba sendiri resepi Sugu Pavithra kali ini, ianya memberikan rasa yang lebih enak berbanding cara memasak kari sebelum ini. Che Puteh memberitahu bahan-bahan yang digunakan adalah sama sahaja tetapi kaedah memasak sahaja yang berbeza membuatkan rasanya juga lebih sedap daripada biasa.

Video resepi ‘Kari Ayam Pencen’ yang dimuatnaik oleh Sugu Pavithra telah menerima lebih dua juta tontonan setakat ini. Sebelum ini juga, pasangan YouTuber daripada Jepun turut menggunakan video masakan itu sebagai panduan untuk memasak kari. Bagi anda yang belum menonton, boleh tonton video masakan itu di bawah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Artikel berkaitan: Resepi Kari Ayam Dari Sugu Pavithra Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Untuk Memasak

Comments

comments