Ahli Parlimen Tak Puas Hati, Minta Dr Adham Bagi Salinan Penerangan?

Dr Adham Baba

Sebentar tadi berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik yang mengambil masa lebih 45 minit dalam . Perkara ini mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen (wakil rakyat pembangkang)

Menurut laporan Berita Harian, beberapa Ahli Parlimen bangun dan meminta supaya Menteri Kesihatan menyediakan salinan dokumen penerangan untuk diberikan kepada mereka selepas tamat pembaca teks penerangannya tadi.

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) menyatakan bahawa penerangan Dr Adham terlalu panjang.

Advertisement

Yang Dipertua (Datuk Azhar Azizan Harun) boleh minta salinan tak sebab menteri baca panjang dan banyak fakta, lama sangat sehingga menteri pun lihat jam berkali-kali.

Kemudian, Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) meminta supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat memastikan amalan menyediakan salinan dokumen kepada Ahli Parlimen terlebih dahulu, dipraktikkan.

Kita sudah mendengar penjelasan panjang daripada menteri, setakat ini kita belum terima salinan dokumen itu, sepatutnya amalan dalam dewan ini seperti ketika pentadbiran dahulu, salinan perlu disediakan di atas meja Ahli Parlimen.

Amalan sama juga diamalkan di Westminster, itulah amalan digunakan walaupun untuk penerangan lima minit tetapi ini penerangan sampai 45 minit. Saya minta Yang Dipertua ambil perhatian perkara ini sebab ini bukan rahsia tetapi sudah dibaca.

Betul juga tu, apapun semoga pandemik ini akan berakhir dan kita semua dapat hidup bebas seperti sediakala.

SUMBERBerita Harian

Comments