Ahli Parlimen Turun Padang, Bantu Individu Kibarkan ‘Bendera Putih’ Di Hadapan Rumah

Baru-baru ini, ada individu yang menyarankan untuk membuat kempen ‘bendera putih’ di hadapan rumah sebagai petunjuk bahawa seseorang itu memerlukan bantuan ketika pandemik ini.

Menerusi laman Twitter Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, beliau menerima maklumat bahawa terdapat beberapa individu yang mengibarkan ‘bendera putih’ di hadapan rumah di kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sumber : Twitter Steven Sim

Tanpa berfikir panjang, pihaknya segera menyiasat siapa individu yang memerlukan bantuan dan salah satu yang dikenal pasti ialah seorang penjaja yang dikenali sebagai Ah Soon.

Ah Soon sempat berkongsi keadaannya pada ketika itu yang terpaksa menanggung beban dalam usahanya membuka gerai selain terpaksa menanggung kos sewa rumah dan bil air serta elektrik yang sudah tertunggak beberapa bulan.

Advertisement
Sumber : Twitter Steven Sim

Dalam perkongsian Steven Sim, beliau juga sekaligus memberi semangat dan menasihati supaya tidak berputus asa.

“Saya bagi tau dia jangan putus asa. Hidup naik turun tapi harapan tetap ada. Setidaknya orang nampak bendera putih dan saya datang.” – Steven Sim 

Dalam pada itu, beliau menyatakan akan membayar semua hutang sewa rumah dan bil air serta elektrik yang tertunggak. Bukan itu saja, Steven juga membantu Ah Soon dalam mencari barang-barang keperluan untuk berniaga dan akan menanggung kos sewa kedai sehingga hujung tahun.

Sumber : Facebook Steven Sim

Beliau gembira apabila Ah Soon sudah kembali bersemangat untuk membuka semula gerainya dan telah pun menurunkan ‘bendera putih’ di hadapan rumahnya. Beliau juga ada menyatakan mana-mana individu yang memerlukan bantuan boleh menghubungi nombor telefon 012 5907507 untuk mendapatkan bantuan selagi mampu.

Sumber

SUMBERTwitter

Comments