Ahli Politik Termasuk Dalam Golongan Penerima Vaksin Covid-19 Fasa Pertama-PM

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memaklumkan dalam perutusan pada 4 Februari lepas berhubung dengan golongan yang bakal mendapat vaksin Covid-19 pasa fasa pertama.

Terbaharu, beliau berkata dalam sidang akhbar selepas pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di pejabatnya, ahli politik daripada ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut tersenarai dalam golongan penerima vaksin Covid-19 untuk fasa pertama, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang dikategorikan sebagai barisan hadapan kerana sering bertemu dengan masyarakat luar dan juga terdedah kepada jangkitan virus Covid-19.

Mengulas lebih lanjut berhubung dengan permintaan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang meminta supaya wartawan dan para guru mendapat turut disenarai sebagai penerima vaksin pertama, Muhyiddin berkata vaksin pada fasa pertama adalah terhad.

Tambahnya, apabila negara sudah menerima bekalan vaksin yang banyak, pekerja termasuklah wartawan dan guru akan divaksinkan.

Sumber

SUMBERSinar Harian

Comments