Air Asia Hasrat Ambil Semula Pekerja Yang Diberhentikan Jika Perniagaan Kian Meningkat

Air Asia

Berita baik buat AirAsia Group Bhd kerana mereka kini berhasrat untuk mengambil semula para pekerja yang diberhentikan tahun lalu jika perniagaan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan peningkatan.

Dalam kenyataan yang dilaporkan Free Malaysia, Tony Fernandes menganggap pemberhentian perkhidmatan kira-kira 2,000 orang pekerja tahun lalu adalah satu tragedi dan dia berjanji untuk memulihkan semula syarikat penerbangan tambang murah terbabit.

“Kami mengalami tragedi kehilangan 2,000 kakitangan kerana COVID-19. Sebelum saya bersara, saya akan memastikan bahawa saya melantik semua orang semula”

“Itu adalah tujuan saya dan saya sangat yakin kita dapat melakukannya semula setelah penerbangan disambung semula, sambil disokong oleh perniagaan kita yang lain”

Pada bulan Oktober tahun lalu, AirAsia dan AirAsia X terpaksa menghentikan 10% daripada tenaga kerja mereka yang berjumlah 24,000 orang.

Ini semua dilakukan setelah menyedari bahawa sektor penerbangan akan menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat kerana wabak.

Advertisement

Fernandes mengatakan AirAsia dibangun berdasarkan pengurusan perubahan, yang memudahkan pekerjanya untuk berpindah pekerjaan.

Pengurusan perubahan adalah istilah kolektif untuk semua pendekatan untuk mempersiapkan, menyokong dan membantu individu, pasukan dan organisasi dalam membuat perubahan organisasi.

Tony Fernandes

“Kami adalah syarikat penerbangan pertama (Asean) yang mempunyai juruterbang wanita, yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah Asean”

Fernandes juga menyatakan bahawa kelangsungan hidup AirAsia disokong oleh strukturnya yang merata, meritokrasi dan kemampuan untuk mengurus perubahan. Dia menekankan bahawa aspek yang paling penting dalam AirAsia adalah bakat.

“Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahukan dengan struktur, persekitaran, dan yang paling penting, orang yang tepat. Saya rasa itulah kekuatan kita”

Semoga syarikat penerbangan di Malaysia kian meningkat dari hari ke hari. Aamiin.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEThe Vocket