‘Air Naruto’ Laris Dijual Sejak Awal Ramadan

Bazar Ramadan menjadi salah satu tempat tumpuan untuk orang ramai mencari juadah berbuka puasa. Masing-masing peniaga pasti akan menjual juadah berbuka puasa yang mampu menarik perhatian orang ramai.

Macam yang berlaku di Terengganu, seorang peniaga bazar Ramadan menjual air minuman berwarna-warni dinamakan sebagai air Naruto yang mampu memberi selera kepada sesiapa yang merasai kelazatannya, lapor Kosmo.

Pengusaha yang dikenali sebagai Mohd Hafiz Harris,39, menjual air minuman itu di bazar Ramadan Chabang Tiga, Terengganu dengan air minuman memiliki tiga lapisan terdiri daripada buah naga, mangga dan epal segar.

Pasti ramai yang tertanya kenapa air ini dinamakan air Naruto. Ini disebabkan setiap lapisan minuman memiliki warna yang sinonim dengan watak anime Jepun itu.

Advertisement

“Minuman yang saya hasilkan sejak tahun 2017 ini mempunyai peminatnya tersendiri sama ada menyukai keunikan rasanya mahupun pencinta anime Naruto”, katanya ketika ditemui Kosmo. 

Air unik ini dijual dengan harga RM 6 sahaja untuk segelas dan sememangnya mendapat tempat di hati pengunjung bazar Ramadan. Berikutan itu, ia dapat dijual sehingga 100 gelas setiap hari sejak awal Ramadan.

Menurut pengusaha ini, selain air Naruto yang menjadi identiti gerai miliknya, minuman lain seperti coklat leleh, keladi float, jagung float dan lain-lain juga ditawarkan dengan harga RM 5 segelas.

Sumber

VIAhttps://www.kosmo.com.my/2021/05/07/air-naruto-tiga-lapisan-curi-tumpuan/

Comments