AirAsia Bakal Memansuhkan Bayaran Pemprosesan Mulai Oktober Ini

1138

Selepas menamatkan kempen #FairAirportTax, AirAsia akhirnya mengeluarkan kos pemprosesan yang dikenakan untuk pembayaran kad dalam talian. Ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tony Fernandes melalui Twitter.

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai Oktober depan.

Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran.

 

Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.

Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terlibat.

Dengan memansuhkan proses pembayaran, ia adalah satu langkah kearah yang betul. 

Pada tahun lepas, Bank Negara Malaysia telah menjelaskan bahawa peniaga tidak dibenarkan mengenakan bayaran tambahan ke atas pembayaran kad.

Pengguna diminta untuk memfailkan aduan sekiranya peniaga mengenakan caj atau memerlukan jumlah urus niaga minimum untuk pembayaran kad.

 

Sumber: Astro Awani

Comments

comments