Airbus Bangunkan Penyelidikan Sensor Yang Mampu Mengesan COVID-19 Bagi Keselamatan Operasi Penerbangan

Pandemik COVID-19 telah tersebar luas menjadikan ia krisis utama masyarakat dunia kini. Antara faktor utama wabak ini mampu merebak dengan cepat dan meluas ialah kerana pengangkutan udara yang menghubungi seluruh dunia.

Airbus yang merupakan antara syarikat pengeluar pesawat terbesar bersama-sama Koniku Inc. telah membuat langkah penting dalam penyelidikan bagi penyelesaian masalah ini.

Pada awalnya penyelidikan ini tertumpu pada pengesanan lokasi bahan kimia dan letupan yang mampu dilakukan tanpa sentuhan dan secara automatik sekiranya terdapat di dalam pesawat dan di lapangan terbang.

Advertisement

Kini disesuaikan dengan krisis COVID-19 yang melanda, kajian dipertingkatkan untuk pengenalpastian bahaya biologi. Airbus mengumumkan pembangunan sensor khas menggunakan reseptor bau yang mampu mengesan ancaman COVID-19.

Airbus dan Koniku Inc. memeterai perjanjian kerjasama sejak tahun 2017, memanfaatkan kepakaran Airbus dalam integrasi sensor dan pengetahuan mengenai operasi keselamatan penerbangan, bersama pengetahuan bioteknologi Koniku dalam menghasilkan sensor yang mampu mengesan sebatian organik di udara.

Dengan keputusan ujian awal yang dilaporkan positif, syarikat ini merancang untuk melakukan ujian sebenar di lapangan terbang pada suku keeempat 2020. Dengan keupayaan sensor ini yang dijangka akan diletakkan di kaunter pendaftaran masuk lapangan terbang serta di dalam pesawat, penyebaran wabak dapat dihalang sebelum merebak ke kawasan lain.

Sumber

Comments

comments