Aiskrim Perisa Sos Tomato Dianggap ‘April Fool’ Oleh Netizen Sebab Tak Masuk Akal

50

Kombinasi yang tak pernah difikirkan namun ia menjadi nyata. Siapa sangka sos tomato dijadikan perisa untuk aiskrim? Ia seperti memecah tembok kebiasaan yang mana kita semua sering temui variasi perisa vanilla, coklat, jagung, strawberry dan jagung ketika membeli aiskrim.

Rasanya manis, pekat dan berlemak dalam setiap batang aiskrim yang dibeli memang kena dengan cuaca semasa. Tetapi apa perasaan anda jika ada syarikat aiskrim menawarkan perisa baharu?

Aiskrim ini diumumkan oleh pengeluar makanan dari New Zealand, Wattie’s di laman Facebook mereka. Posting tersebut menerima hampir lebih 21,000 komen dan dikongsi 5,000 pengguna facebook.

Bagi netizen, ada yang menganggap kombinasi aiskrim vanilla dengan sos tomato itu tidak masuk akal bahkan ianya satu idea yang karut. ia juga dianggap sebagai April Fool’s menjelang 1 April nanti.

Namun tidak semua yang berpandangan negatif  malah ada beberapa individu yang bersifat terbuka mahu mencuba perisa baru aiskrim tersebut.

 

Sumber : stuff

Comments

comments