Akibat Campur Pencuci Lantai Dengan Peluntur, Suri Rumah Keracunan Gas Klorin

14338

Ramai dalam kalangan ibu mahukan rumah mereka bersih dan tidak berkeladak dengan menggunakan peluntur untuk menghilangkan kotoran degil di dalam tandas dan juga lantai mereka.

Tetapi ramai di kalangan suri rumah yang tidak tahu bahawa, jika anda mencampurkan cecair peluntur yang mengandungi Sodium Hipoklorit dengan cecair pencuci lantai yang mengandungi Asid Hidroklorik tindak balas kimia antara bahan ini akan membebaskan gas klorin beracun.

Janganlah sewenang-wenangnya mencampurkan produk-produk kimia kegunaan isi rumah kerana anda mungkin tidak mengetahui tindak balas kimia yang akan berlaku.

Menurut Pusat Racun Negara di dalam Facebook, terdapat sebuah kes yang diterima iaitu seorang suri rumah yang mengalami keracunan gas klorin.

Suri rumah tersebut didapati telah mencampurkan cecair peluntur yang mengandungi Sodium Hipoklorit dengan cecair pencuci lantai yang mengandungi Asid Hidroklorik. Dimana kedua-dua bahan ini mengandungi unsur asas klorin.

Apabila dua bahan ini bercampur, tindakbalas kimia antara bahan ini akan membebaskan gas klorin yang beracun.

Seorang pengguna Facebook iaitu Mukarramah Mustapa menceritakan bahawa beliau mempunyai kenalan yang pengsan di dalam rumah yang bertutup.

 

Doktor ingatkan dia nak bunuh diri, sekali sebab nak mop rumah guna Clorox+pencuci lantai. Alhamdulilah kebetulan masa itu suaminya sampai rumah lihat WhatsApp penuh dengan mesej isterinya. Terus dia bawa isterinya keluar dari rumah.


Rata-rata suri rumah pernah mencuba kaedah ini dan memberitahu bahawa mereka mengalami masalah sesak nafas.


Kepada ibu di luar sana, hati-hatilah, jangan tunjuk pandai nak campurkan produk-produk kimia kerana anda tidak tahu tindak balasnya terhadap kesihatan anda.

Jika nak lantai berkilat dan bersih rasanya anda boleh mencuba kaedah lain tanpa menggunakan bahan kimia.

Fikir-fikirkan dahulu sebelum menggunakan peluntur di rumah, ingat nyawa hanya ada satu sahaja. 

Sumber: Facebook

Comments

comments