Akibat COVID-19 Beliau Bertukar Karier Dari Seorang Juruterbang ke Pemandu Van Jenazah

Siapa sangka, seorang juruterbang yang mempunyai pengalaman sebanyak 11 tahun kini  menjadi seorang pemandu van jenazah?

Kisah ini dikongsikan oleh Harian Metro, mengenai seorang individu yang bernama Ahmad Rashidi Mohd Nazri, yang dahulunya seorang juruterbang komersial. Namun, akibat pandemik COVID-19, beliau telah memilih untuk menjadi seorang pemandu van jenazah.

Dahulunya, Ahmad Rashidi adalah seorang juruterbang pesawat komersial yang berpangkal di Abu Dhabi. 

Namun akibat pandemik COVID-19, beliau telah memutuskan untuk menyertai skim pemberhentian kakitangan. 

Bermula dari Julai lalu, beliau telah pulang ke Malaysia untuk mencari peluang untuk kembali berkhidmat sebagai juruterbang pesawat komersial.

Advertisement

Namun, disebalik sesuatu kejadian, ada hikmahnya.

Beliau bertemu dengan seorang sukarelawan pengurusan jenazah percuma yang bernama Mohd Zulhairi Zainol. Tujuan utama khidmat ini adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Walaupun saya sudah meninggalkan kerjaya dengan gaji yang cukup lumayan, saya reda dan anggap ia sebaga masa untuk mengumpul saham akhirat dan juga membantu mereka yang bekemampuan.

Menurut Ahmad Rashidi lagi, walaupun bukan bergelar seorang juruterbang, buat sementara waktu, beliau masih menaruh harapan agar dapat menyambung semula kerjaya beliau di masa yang akan datang.

Pada pendapat penulis, jika kita rasa diri kita terkesan akibat pandemik COVID-19, pasti ada individu atau golongan yang lebih kurang bernasib baik.

Semoga Ahmad Rashidi mampu meneruskan kerjayanya di masa yang akan datang.

Comments

comments