Akibat Memaparkan Aksi Keterlaluan Kanak-Kanak, Baskin Robbins Korea Dikecam

67861

Baru-baru ini iklan Baskin Robbins menjadi perdebatan di Korea Selatan semasa mempromosikan video ais krim berperisa baharu yang menampilkan model kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Selepas iklan itu ditayangkan dan mendapat tayangan ramai di sana, Baskin Robbins telah menghentikan  tayangan video iklan ini dan membuat permohonan maaf pada hari Sabtu lalu.

Video iklan ini telah ditayangkan pada hari Jumaat dengan menampilkan model kanak-kanak perempuan, Ella Gross bersama ais krim berperisa baru iaitu “Pink Star”.

Dalam video tersebut, dikatakan kanak-kanak perempuan tersebut memakai baju berwarna merah jambu tanpa lengan sambil menikmati ais krim dengan gaya seksi sambil memegang ais krim.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengatakan iklan tersebut memaparkan kanak-kanak secara seksual dengan menyolek mereka seperti orang dewasa dan memakaikan baju yang seksi.

Bukan itu sahaja, gaya kanak-kanak dipaparkan dengan gaya seksi ini memberi mesej seksual kepada orang ramai.

Dalam satu babak “close up” yang mengfokuskan pada mulut kanak-kanak sebenarnya sengaja dimasukkan kata netizen di Korea.

Tidak semua orang yang mengkritik video ini dengan berpendapat bahawa video ini tidak memaparkan kanak-kanak perempuan ini dengan gaya seksi, tetapi mereka sebenarnya terlalu sensitif.

Syarikat yang menghasilkan iklan ini telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan:

Kami telah memasukkan model kanak-kanak dengan memakai alat solek dan pakaiaan yang tidak sesuai dengan umurnya.

Bukan itu sahaja, sebelum iklan ini dikeluarkan syarikat ini telah membincangkan dengan ibu bapa kanak-kanak ini bagaimana jalan cerita ini digambarkan dalam iklan melalui agensi prokduksi.

Diharapkan video seperti ini tidak lagi dihasilkan kerana pemaparan kanak-kanak perempuan seperti ini akan membuatkan lebih ramai Pedofilia  nafsu mereka.

 

Sumber: The Star

Comments

comments