Akibat Pengaruh Dadah, Lelaki Kelar Pergelangan Tangan Dengan Pisau Gerigi

Penagih dadah kelar tangan

Tiada beban, batu pula digalas! Itulah yang terjadi kepada seorang penganggur lelaki setelah dilaporkan parah gara-gara mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan sebilah pisau gerigi di sebuah rumah di Jelutong.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 malam itu, lelaki bujang berusia 55 tahun itu parah apabila saluran darah pada lengannya dipercayai terputus.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu disedari sepupu lelaki berkenaan berusia 44 tahun yang menyaranya dan tinggal berdekatan.

“Ketika sepupunya mahu mengajak suspek makan, dia dilihat terduduk di atas lantai dan bersandar pada dinding di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah akibat mengelar tangannya”

“Sebelum itu, sepupunya keluar mencari makan di hadapan rumah dan suspek dilihat dalam keadaan baik sebelum itu”, katanya ketika dihubungi Kosmo.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki tersebut yang mempunyai lapan rekod lampau termasuk empat rekod berkaitan dadah itu tinggal di rumahnya seorang diri.

Hasil penelitian, polis turut menjumpai sebilah pisau bergerigi dipercayai digunakan oleh suspek untuk mengelar tangan kirinya.

Advertisement

Soffian berkata, lelaki itu yang dirawat di Hospital Pulau Pinang di sini didapati mengalami kecederaan serius akibat kehilangan banyak darah dan tidak sedarkan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan

Bahaya sungguh bila di bawah pengaruh dadah ini ya. Semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara yang membahayakan.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEKosmo