Akibat PKP, Ibu dan Ayah Hanya Dapat Menatap Wajah Anak Menghembuskan Nafas Terakhir Melalui Telefon

Wabak COVID-19 ini telah sedikit sebanyak mengubah gaya hidup rakyat Malaysia. Dari rutin harian hinggalah ke pengurusan kematian. Tiada apa yang normal lagi selagi wabak COVID-19 masih lagi berada di muka bumi ini.

Sehingga kini tiada lagi vaksin yang telah disahkan oleh mana-mana pihak. Jadi buat masa ini seluruh dunia akan diuji dari segi fasiliti kesihatan dan macam-macam lagi.

Lagi menyayat hati apabila seorang nurse (Man) sambilan telah mengkongsikan pengalaman beliau menjaga seorang pesakit yang sedang nazak

Disclaimer – Pesakit ini tidak menghidapi COVID-19

Advertisement

Sebak hati bila membaca, kedua-dua ibubapa tiada di sisi apabila arwah menghembuskan nafas terakhir kerana PKP

Keluarga arwah menetap di luar negara dan disebabkan PKP, pergerakan mereka terbatas. Yang tinggal berdekatan hanya adik-beradik dan rakan karib

Permintaan terakhir arwah adalah untuk menghembus nafas terakhir di rumah sendiri

Aku tak tau nak expect apa pun, baik ke, garang ke macam mana. First shift pun pada waktu malam. Waktu itu masih lagi ada nurse lain yang buat shift pagi

Arwah memang nak tunggu mak dia balik ke KL lepas PKP

Arwah pun mula bercerita. Ibunya sentiasa terlepas hari-hari yang penting dalam hidup arwah dan juga adik-beradik beliau. Jadi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau ingin berjumpa dengan ibunya.

Bukan salah mak pun, itulah lumrah kehidupan, kerja dan macam-macam lagi. Tambah pula dengan COVID-19.

You know Man, I will never let that happen. Im a fighter. I will wait for Mama

Seperti biasa, selepas berakhirnya syif malam, Man pun berkemas untuk pulang.

Sambil aku nak keluar tu arwah pegang tangan aku dan dia cakap “Thank you Man, you did very well. See you tonight”

Keesokan harinya, beliau sampai ke rumah dan mula perasan yang arwah sudah tidak bertenaga seperti hari sebelumnya.

Alhamdulilah Adik Arwah memang seorang yang baik. Dia jaga Arwah Abang dia sampai habis.

Bak kata orang, ada hikmah di sebalik apa yang sedang berlaku. Akibat COVID-19 dan PKP, adik arwah kini bekerja dari rumah. Dengan masa yang ada di rumah, adiknya mampu bergilir dengan Man untuk menjaga makan minum dan kebajikan arwah sewaktu sakit.

Aku tidur kejap, lepastu sambung balik jaga arwah. Dah barai dah ni. Adik dia cover kejap

Aku perhati je adik arwah, dia punya jaga abang dia masa sakit, aku respect. Walaupun first time kena situasi macam ni, tabah dia next level. 

Beberapa hari sebelum arwah meninggal dunia, arwah mengadu kesakitan. Man dan adik arwah bergegas ke hospital tetapi malangya mereka tiada katil ICU. Akhirnya mereka menemui satu hospital tetapi kosnya hampir RM15,000.

Jadi mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Masa video call dengan mak arwah, ada la juga 5-6 kali setiap hari. Allah, mak dia menangis setiap kali telefon.

Walaupun PKP sedang dikuatkuasakan, kawan-kawan rapat arwah berjaya mengikhtiarkan cara untuk berjumpa dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir

Arwah dah makin nazak. Ibu dan bapa arwah hanya mampu menatap wajah anak mereka melalui telefon sahaja.

Cuba bayangkan, anak tengah nazak, nak peluk cium anak pun tak boleh.

Tetapi yang paling Man kagum, arwah memang seorang fighter . Dia bertekad ingin bertahan sehingga ibunya pulang ke KL.

Tetapi apakan daya, Allah lebih menyayangi Arwah. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada lewat malam, hari Jumaat. 

Jenazah arwah telah dimandikan dan dikebumikan pada keesokan harinya. Walaupun dalam PKP, pihak polis telah memberikan kelonggaran untuk menguruskan jenazah arwah di Kuala Lumpur.

Mak ayah dia cuma mampu tengok dan menangis dalam video call

Alhamdulilah, urusan berjalan dengan lancar dan jenazah arwah telah selamat dikebumikan sebelum Zohor.

Al-Fatihah.

Penulis artikel ini adalah kawan rapat arwah selama 13 tahun. 

Comments

comments