Al-Kafi #415 : Was-Was Buang Angin Ketika Dalam Solat

Gambar hiasan

Antara perkara yang selalunya menjadi persoalan di dalam solat, adakah akan terbatal sekiranya kita terbuang angin atau terkentut ketika di dalam solat?

Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tampil menjawab soalan ini di dalam laman web mereka.

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 415 (26 OKTOBER 2016 M / 25 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Advertisement

Assalamualaikum. Bagaimana kentut yang tidak berbunyi?
Terima kasih, Admin. Keadaan yang saya alami adalah sama seperti keadaan perut berbunyi ketika lapar. Di mana, bunyi itu di kawasan punggung tetapi saya tidak merasa apa-apa sentuhan di lubang dubur tempat angin keluar. Kejadian ini berlaku ketika saya tengah nak menahan kentut.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Berkenaan perkara ini, terdapat hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda:

??? ?????????? – ???? ??? ?????????? – ?????? ???????? ??????? ???? ?????? ??????
Maksudnya: Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau.

Hadis riwayat Imam Bukhari (137)

Justeru, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.

Maka yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci.

Wallahua’lam.

Di harap dengan perkongsian ini dapat menjawab sedikit persoalan yang adakalanya kita kurang pasti.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments