Al-Sultan Abdullah Nasihatkan Anwar Ibrahim Supaya Akur & Hormati Proses Perundangan Dalam Perlembagaan Persekutuan

Menerusi kenyataan Istana Negara di laman rasmi Facebook, Al-Sultan Abdullah tampil menasihatkan Anwar Ibrahim supaya akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Anwar juga dikatakan hanya mempamerkan kepada Yang Di-Pertuan Agong jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat namun bukanlah senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaannya itu.

Anwar ibrahim

Dalam pada itu, Baginda juga tidak terlepas menyentuh tentang penularan pandemik Covid-19 yang kembali meningkat, malah menyeru rakyat agar terus berdisiplin dan menjaga kesihatan diri masing-masing serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Advertisement

Malah menerusi laporan Harian Metro juga mendapati, Presiden PKR itu turut mendakwa pihaknya sudah mendapat sokongan lebih 120 Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Untuk rekod, beliau difahamakan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah di Istana Negara, jam 10.25 pagi tadi.

Sumber: Harian Metro

Comments

comments