Alami Kerugian, Malaysia Airlines (MAS) Diminta Hentikan Operasi Atau Jual Syarikat

684

Hayat Malaysia Airlines Berhad (MAS) sebagai syarikat penerbangan nasional mungkin tidak panjang kerana ia gagal memenuhi sasaran tiga tahun untuk menjana keuntungan, malah ia mengalami kerugian sejak diswastakan pada tahun 2014, menurut seorang penganalisis penerbangan.



Katanya, adalah lebih baik bagi syarikat itu untuk menghentikan operasinya secara keseluruhan atau menjualnya kepada pihak yang berminat, atau menumpukan kepada anak syarikatnya yang berpotensi.

Shukor Yusof, pengasas firma konsultasi penerbangan di Malaysia—Endau Analytics, berkata tidak akan ada masalah untuk memenuhi kapasiti penumpang jika MAS menghentikan operasi kerana kekosongan yang ditinggalkan akan dipenuhi oleh syarikat-syarikat penerbangan yang lain.

MAS patut menamatkan perkhidmatan. Dalam kondisi sekarang, ia tidak ada rasional kewangan dan ekonomi untuk meneruskan perkhidmatannya. Satu perniagaan yang rugi tidak sepatutnya diteruskan.

“Jika syarikat penerbangan nasional itu menghentikan operasi, aset yang dimilikinya, seperti pesawat dan yang lain, boleh digunakan untuk membayar hutang manakala pekerja-pekerjanya boleh diambil oleh syarikat penerbangan lain, seperti Malindo Airways dan AirAsia.

Apa yang lebih penting, pada pandangan saya, ialah untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebabkan kerugian MAS. Mesti ada akauntabiliti.”

Shukor berkata, soalan yang masih belum terjawab ialah, adakah MAS benar-benar memberi kesan penggandaan kepada ekonomi Malaysia melalui pendapatan pelancongan.

Dalam temu bual terbaru, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, MAS memberi kesan penggandaan lapan sehingga sepuluh kali ganda untuk setiap dollar wang pelancong yang dibawa masuk oleh syarikat penerbangan itu ke Malaysia.

Khazanah ialah pemegang saham tunggal MAS setelah mengambil alih syarikat itu pada 2014. Dana kerajaan sebanyak RM 6 bilion telah disuntik untuk membolehkan syarikat penerbangan itu terus beroperasi. – amazingnara.com via New Straits Times

Comments

comments