Alibaba Pecah Rekod Jualan 11.11 Dengan Kutipan $38.4 Billion

11347

Jualan 11.11 yang berlangsung semalam berjaya memecahkan rekod Alibaba Group dengan menumpaskan rekod jualan mereka pada tahun lalu. Pada tahun ini, Alibaba Group mendapat kutipan sebanyak $38.4 billion iaitu kutipan tertinggi mereka setakat ini.

Syarikat e-commerce China itu dengan mudahnya mengatasi kutipan tahun lalu pada $30.7 billion. Antara barangan yang paling mendapat permintaan tinggi pada jualan 11.11 kali ini, peralatan gadget elektronik dan fesyen.

Berdasarkan kedudukan 10 teratas, Malaysia ketika ini berada di tangga keenam sebagai negara yang paling banyak membeli produk dari China menerusi platform Alibaba.

alibaba
Antara yang turut ‘melariskan’ jualan kali ini adalah penggunaan teknologi realiti maya (VR) terhadap barangan kosmetik yang menyaksikan pengguna berupaya menguji keserasian warna produk dengan kulit muka secara dalam talian.

Alibaba Group turut kongsikan kejayaan mereka mengutip $1 billion dalam hanya 68 saat dan $10 billion pertama dalam masa hanya setengah jam sahaja.

taylor swift
Kredit: Techcrunch

Festival jualan besar-besaran ini juga turut menampilkan selebriti terkenal, Taylor Swift dalam meraikan jualan yang disertai oleh puluhan ribu orang dari serata dunia.

Kelainan tahun ini dan tahun lalu yang ketara pastinya ketiadaan pengasas Alibaba Group iaitu Jack Ma yang sudah bersara pada September lalu. Pada tahun lepas, Jack Ma bukan sahaja memberikan ucapan beliau tetapi juga membuat persembahan khas untuk pekerja dan pelanggan mereka.

Artikel berkaitan: Jack Ma Letak Jawatan Dari Alibaba Pada Usia 55 Tahun

Comments

comments