Amah Kelar Leher Dua Anak Majikan Sebelum Bunuh Diri

Seorang amah warga Indonesia dipercayai telah mengelar leher seorang bayi dan abang tirinya yang berusia 5 tahun sebelum membunuh diri semalam.

Nenek dua kanak-kanak tersebut membuat penemuan mengerikan itu setelah kembali ke rumah mereka yang terletak di Taman Sri Putra, Sungai Buloh, dari restoran milik keluarga pada pukul 7.35 malam.

www.nst
Foto: NSTP/Asyraf

Keluarga mereka telah meninggalkan dua kanak-kanak tersebut pada pukul 5.00 petang dalam jagaan amah tersebut, yang hanya dikenali sebagai Agnes.

Nenek itu menemui cucunya yang berusia 18 bulan, Melvin Selvan Joseph dan Agnes terlentang di dapur, berhampiran tiga pisau dapur yang berlumuran darah.

Advertisement

Ketua Polis Sungai Buloh, Superintenden Junaidi Bujang berkata sepasukan anggota polis yang dihantar ke rumah tersebut telah menjejak kesan darah dari dapur hingga ke satu bilik tingkat atas.

Di situ mereka menemui Koay Jia Hiong, cucu yang lebih tua, dalam keadaan masih memegang alat kawalan jauh televisyen (kedua-dua kanak-kanak tersebut berkongsi ibu yang sama. Koay adalah anak lelaki dari perkahwinan pertama).

Junaidi berkata yang pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk, yang membuat mereka percaya bahawa kes itu ialah kes bunuh kemudian bunuh diri,

Dia berkata Agnes, yang dipercayai berusia 30’an tidak mempunyai permit kerja walaupun telah berkhidmat dengan keluarga itu selama satu setengah tahun.

Keluarga itu telah menerangkan bahawa Agnes ialah seorang yang ‘penyayang dan baik dengan kanak-kanak’, dan tidak pernah menimbulkan masalah sebelum ini.

Dia dipercayai membunuh Koay sebelum Melvin, dan kemudiannya mengelar lehernya sendiri.

Junaidi berkata amah itu tinggal di rumah keluarga itu yang terdiri daripada dua kanak-kanak yang meninggal dunia, ibu mereka, dua saudara perempuan ibu, nenek serta datuk, dan bapa kepada Melvin.

Ketiga-tiga mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Laporan asal: NSTP Online

Comments