ANA Tawarkan Pas Penerbangan Domestik Di Jepun Bersama Kemudahan Penginapan

590

Syarikat penerbangan Jepun, ANA kini tampil dengan satu tawaran menarik dengan pas penerbangan khas yang disertakan bersama kemudahan tempat penginapan. Tawaran ini istimewa untuk penerbangan domestik terutamanya untuk pelancong dari luar negara yang ingin menjelajah di dalam Jepun.

ANA melakukan kerjasama terbaru dengan syarikat Address yang berlokasi di Tokyo ini dalam menyediakan kemudahan penginapan untuk pelanggan mereka. Bonusnya, pelancong dapat berjimat kos penginapan hotel selama sebulan dengan pas ini.

Address akan menyediakan tempat penginapan di rumah yang kosong dan tidak berpenghuni di seluruh Jepun. Klien dapat menghabiskan seberapa malam yang diinginkan dengan biaya bulanan tetap untuk penginapan.

Address akan memberikan pembeli akses ke setiap dan semua hartanah mereka dan empat tiket pesawat pada laluan domestik ANA.

kawasan domestik
Maklumat tentang bayaran masih lagi belum ditetapkan tetapi dijangka dalam lingkungan 60,000-70,000 yen. Istimewa untuk yang mencarikan kelainan, lokasi penginapan yang disediakan terletak di kawasan luar bandar dan kawasan yang mengalami penurunan populasi untuk menarik jumlah pelancong.

Sumber

Comments

comments