Anak Calarkan 10 Buah Kereta Audi Di ‘Showroom’, Ibu Bapa Terpaksa Bayar Ganti Rugi Lebih RM100 Ribu

audi

Gara-gara sikap cuai ibu bapa menjaga anak, sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian apabila anak mereka yang berusia tiga tahun telah mencalarkan beberapa buah kereta mewah Audi menggunakan batu.

Kejadian itu berlaku di Guilin, China pada 24 November lalu, melibatkan 10 buah kereta termasuklah keluaran terbaru iaitu Audi Q8 yang diletakkan di dalam bilik pameran.

calarkan audi

Pihak pengedar kereta mewah tersebut telah menuntut ganti rugi sebanyak 200,000 yuan (RM118,331) di atas kerosakkan itu.
Kerosakan yang dilakukan menyebabkan kereta itu tidak boleh dijual di pasaran sebagai kereta baharu. Terpaksa dijual dengan harga yang lebih rendah. Malah, pihak pengedar boleh dikenakan tindakan atas kesalahan penipuan sekiranya pembeli mendapat tahu kereta yang dibeli telah dicat semula.

Advertisement

Gagal mencapai persetujuan untuk tuntutan ganti rugi tersebut, kedua-dua pihak telah membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk dibicarakan.

calarkan audi
Pada 3 Disember, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang dan pasangan itu diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada pengedar kereta sebanyak 70,000 yuan (RM41,415).

Mahkamah turut menasihati pasangan terbabit untuk memantau serta mendidik anak mereka agar tidak merosakkan harta benda orang lain.

Sumber Berita : Asia One

Comments

comments