Anak Gadis Dirogol Bapa Kandung Sendiri Ketika Ibu Keluar Bekerja

Seorang bapa tergamak merogol anak perempuannya yang baru sahaja berusia 16 tahun ketika si isteri keluar bekerja. Manusia apakah ini? Si isteri pergi cari rezeki, dia selamba pergi buat kegiatan jijik macam ni!

Walaubagaimanapun, mangsa terus membuat laporan polis untuk membongkarkan kegiatan terkutuk bapanya sendiri yang berusia 51 tahun. Pihak polis menahan suspek di rumahnya yang terletak di Kampung Merkang, Pasir Puteh, Kelantan yang juga merupakan tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri berkata yang mangsa duduk bersama bapa dan ibu kandungnya bersama tiga beradik yang lain.

Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu suspek masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan merogol mangsa ketika ibu mangsa keluar bekerja dan adik beradiknya masih tidur.

Mangsa turut memaklumkan kejadian dirinya dirogol suspek berlaku beberapa kali sebelum ini sejak tiga bulan lalu.

Kerana takut dimarahi dan dipukul suspek, mangsa tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa sebelum ini. Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat engikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Advertisement

Sumber

Comments