Anak Jati Negara Menghasilkan Rapid Test Kit COVID-19 Pertama di Dunia

Sekumpulan Saintis tempatan telah berjaya menghasilkan rapid test kit (RTK) pertama di dunia yang mampu mengesan virus COVID-19 dengan tepat.

sumber – Berita Harian

Menurut Profesor Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, RTK ini mampu mengesan virus COVID-19 menggunakan air liur. 

Memetik dari Berita Harian, inovasi yang cukup membanggakan ini pada asalnya bertujujan untuk mencipta peranti yang mampu membuat bacaan kandungan glukos dengan lebih tepat melalui  air liur.

Saya telah berkolaborasi dengan Malaysian Relief Agency (MRA) pada awalnya untuk mencipta pengesan untuk mengenal pasti bakteria merbahaya sewaktu banjir teruk di Kuala Krai, Kelantan pada tahun 2014. 


Saya dan rakan-rakan juga memikirkan cara untuk membendung COVID-19 dan mulai hari itu, kami bekerja keras untuk menghaslikan RTK ini.

Untuk makluman anda, kumpulan saintis ini juga telah dipilih antara 15 finalis untuk sebuah anugerah tersohor di Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Advertisement

Anda boleh klik di SINI untuk mengundi anak jati negara kita dan siapa tahu, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, impian mereka untuk merangkul Community Award ini mungkin tercapai.

Pencapaian beliau juga telah mendapat perhatian YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar dapat bertemu dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk membentangkan inovasi tersebut.

Sumber : Berita Harian 

Comments

comments