Anak Muda Terengganu Juara Dunia Sukan Street Workout

5861

Siapa sangka anak muda dari Kemaman, Terengganu iaitu Engku Mohamad Ikhwan Engku Shamsu 20 tahun muncul sebagai juara Kejohanan WOBLeague Jerman 2019.

Beliau telah berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menjadi juara bagi sukan ‘Street workout’ dan ‘Calisthenics’ pada kejohanan tersebut.

Dahulunya beliau merupakan anggota pasukan yang menjuarai Piala  Dunia Calisthenics 2016 di Bahrain bersama pasukan Malaysia ketika itu yang dianggotai oleh dua beradik Zulhilmi Nadzeri, Zulfadli Nadzeri, Shahrul Aizat Jasri dan Sheikh Amirul Adli Sheikh Gadaffi menewaskan 10 pasukan iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Mexico, Sepanyol dan Rusia.

Pada waktu itu mereka pulang dengan membawa wang tunai AS$10,000 dan piala. Ini merupakan kali pertama  Malaysia menghantar wakil menyertai kejohanan tersebut. Zulhilmi dan adiknya yang menduduki ranking ke-11 dunia pada 2015, menubuhkan Team Malaysia yang menewaskan Sepanyol iaitu juara 2015 pada perlawanan akhir.

Ikhwan sedari kecil memang suka memanjat tiang mahupun pokok. Beliau mula bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengannya menerusi laman media sosial dan menubuhkan Turtle Squad di Terengganu, sebelum menyertai pertandingan sulungnya di Teluk Cempedak, Pahang pada 2016, di mana beliau menduduki tempat kedua.

Meskipun pada peringkat awal tidak menyokong (atas sebab keselamatan), ayahnya, Engku Shamsu Che Engku Daik, akhirnya memberi galakan kepadanya.

Ikhwan telah memenangi beberapa kejohanan di Brunei (2 Oktober 2016), Bahrain (2 Disember 2016) dan Birmingham (13 Mei 2017). Beliau juga telah dijemput sebagai juri di Mesir (April 2017).

Pada Ogos 2017, Ikhwan muncul sebagai pemenang tempat ketiga dalam Kejuaraan Dunia ‘Street Workout Freestyle’ di Moscow, Russia di mana beliau bersaing bersama juara dunia seperti Daniels Laizans (Latvia) dan Viktor Kamenov (Bulgaria). Ikhwan berjaya mencipta ‘signature move’nya dengan penuh berani dalam setiap kejohanan yang disertai.

Ikhwan telah menempa nama di persada dunia dengan kesungguhan dan semangat yang tinggi. Beliau telah mengecapi kejayaan demi kejayaan khususnya dengan dorongan daripada ayah beliau sendiri.

Selamat maju jaya Ikhwan.

Comments

comments