Anak Tergamak ‘Buang’ Ibu Tepi Jalan Selepas Disahkan Positif Covid-19

anak tergamak buang ibu tepi jalan

Seorang anak lelaki tergamak meninggalkan ibunya di tepi jalan selepas wanita malang itu disahkan positif Covid-19.

Selepas video itu tular, Portal India Today melaporkan Polis di Kanpur, Uttar Pradesh telah menahan lelaki yang membuang ibunya itu.

Sementara itu, warga tempatan segera menyelamatkan dan membawa ibu malang itu ke hospital namun, dia disahkan meninggal dunia ketika rawatan.

Khabarnya beberapa hospital di India melaporkan kekurangan oksigen dan meminta bantuan kecemasan kerana varian baharu menyebabkan peningkatan kes harian.

Advertisement

Beberapa negara seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat dan Perancis sudah dan akan menghantar bantuan kecemasan bagi membantu krisis di India.

Covid-19

Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di India terus merekodkan peningkatan dalam tempoh 10 hari lalu dengan 352,991 kes dicatatkan pada Isnin.

Ia sekaligus menjadikan kes harian tertinggi pada peringkat global sejak penularan pandemik Covid-19. Setakat ini, negara India telah merekodkan 17.3 juta kes dengan lebih 195,000 kematian.

SUMBER

Comments

comments