Anak Tergamak Ketuk Kepala Ibu Guna Telefon Bimbit Sebab Suruh Teman Lelaki Keluar Rumah

Hanya disebabkan ibu menyuruh teman lelaki beredar dari rumah, seorang wanita tergamak mengetuk kepala menggunakan telefon bimbit serta memukul lengan ibunya  dengan penyapu di kediaman Pangsapuri Sri Bagan, Butterworth, pagi semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi apabila mangsa berusia 59 tahun itu pergi ke kediaman anak perempuannya yang berusia 24 tahun tidak jauh dari rumahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, mangsa yang tiba di rumah anaknya itu mendapati terdapat seorang lelaki di dalam rumah anaknya dan meminta lelaki berkenaan untuk keluar.

Tindakan mangsa menyebabkan anak perempuannya itu marah lalu mengambil penyapu dan memukul lengan serta mengetuk kepala mangsa menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, malah anak mangsa juga mengugut mahu membunuh jika mangsa membuat laporan polis.

Advertisement

Selepas kejadian, mangsa pergi ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis kerana risau akan keselamatannya selepas diugut oleh anaknya sendiri. Mangsa memaklumkan anaknya bertindak sedemikian kerana emosi disebabkan tiada sumber pendapatan dan terputus bekalan dadah.

Kini, usaha mengesan suspek dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Sumber 

Comments

comments