Anda Boleh Jimat RM644 Untuk Beli Model Terkini iPhone 11 Dengan Tips Mudah Ini

Seperti yang diketahui semua, iPhone 11 akan mula berada di pasaran Malaysia pada 27 September ini. Selepas pelancarannya pada beberapa minggu lalu, nampaknya sudah ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan model tersebut.

Tapi mungkin kalau dilihatkan pada harganya RM4,099 untuk iPhone 11 (256GB) pasti anda tak percaya jika kami katakan anda boleh jimat RM644 jika membelinya dalam tempoh setahun kemudian.

Kajian yang dilakukan oleh platform iPrice ini menunjukkan secara puratanya harga untuk iPhone akan mengalami penurunan sebanyak 5.2% selepas tempoh 6 bulan dan 15.7% selepas 365 hari.

Ini semua dibuktikan dengan penurunan harga iPhone XS yang dilancarkan pada harga RM5,699 kemudian menurun kepada RM5,099 selepas setahun.

Model iPhone lain seperti iPhone X juga mengalami penurunan harga besar pada harga RM5,899 menurun sebanyak 45% kepada RM3,199 selepas dua tahun dilancarkan.

Advertisement

Harga iPhone akan menurun kepada separuh selepas tiga tahun dilancarkan.

Walaupun mengejutkan tetapi hakikatnya harga iPhone 7 turun sebanyak 55% kepada RM1,900 selepas tiga tahun dilancarkan.

penurunan harga iphone

Harga iPhone mula menurun selepas enam bulan dilancarkan. Secara purata, turun 5% selepas enam bulan.

model apple iphone

Penurunan harga sebanyak 15.7% selepas setahun dilancarkan di pasaran Malaysia.

model apple iphone
Secara purata, harga ini berdasarkan analisis untuk empat model terkini iPhone iaitu iPhone 7, iPhone 8, iPhone X, dan iPhone XS.

iPhone X mengalami penurunan terbesar antara model yang lain.

model apple iphone
Berdasarkan enam bulan pertama, berlaku pengurangan harga 11% dari harga asal. 12 bulan kemudian harga ini dikurangkan 27% dari harga asal.

Penurunan ini mungkin kerana Apple bertindak menamatkan pembuatan model iPhone X dan memfokuskan kepada iPhone XS.

iPhone 11 dijangka mengalami penurunan harga enam bulan selepas dilancarkan.

model iphone 11
Berdasarkan pada kajian yang dibuat pada model yang lain sebelum ini, harga iPhone 11 berkemungkinan menurun sebanyak 55% dari harga asal selepas tiga tahun.

Pada yang berkira-kira untuk mendapatkan iPhone 11 ini ianya akan berada di pasaran Malaysia bermula minggu hadapan pada 27 September ini. Untuk tahu lebih lanjut maklumat tentang model ini boleh baca artikel Apple Event 2019.

Sumber: iPrice

Comments

comments