“Andai Zulfarhan Masih Hidup, Saya Nak Minta Maaf Sebab Tak Dapat Selamatkan Dia”, Akmal Bersuara Setelah Bebas Tuduhan Bunuh

5090
https://i.postimg.cc/pLQk4m83/sedih-big.jpg

Dalam tempoh dua tahun ini seorang pelajar masih lagi diselebungi perasaan takut kerana berdepan kes bunuh melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ternyata dalam tempoh dua tahun ini, Muhammad Akmal Akif Alias, 23 diselubungi perasaan takut akibat tanggapan segelintir masyarakat terhadapnya biarpun sudah dibebaskan dari tuduhan berkenaan.

Dipetik dari Mstar, peristiwa ini telah meninggalkan igauan ngeri dalam hidupnya.

Dua tahun paling sukar

tempoh paling sukar untuk dia dan keluarga

Akmal berkata, selama dua tahun ini hidupnya memang sukar walaupun beliau tidak bersalah. Tetapi selagi gelaran ‘OKT’ (orang kena tuduh) ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Apa yang terjadi ini telah memberi kesan kepada Akmal dan juga keluarganya.

Pelbagai kecaman dilemparkan, malahan segelintir masyarakat memandang serong serta mempertikaikan keputusan saya dibebaskan secara mutlak hingga menyebabkan saya masih takut-takut untuk berjumpa dengan orang di luar.

 

Buat masa sekarang, saya hanya berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Apa-apa pun, saya bersyukur dikelilingi mereka yang menyayangi saya dan sentiasa positif.

Terpaksa berbohong mengenai universiti

Menurut Akmal, beliau terpaksa berbohong tentang universitinya dan memadam gambar-gambar di media sosial kerana komen negatif daripada netizen.

Akmal terpaksa berbohong mengenai universitinya

Netizen sering mengecam saya terutama di awal kes perbicaraan pada 2017. Saya juga menerima terlalu banyak komen negatif di sosial media sehingga terpaksa membuang gambar-gambar yang mereka komen.

Kalau jumpa sesiapa yang tidak mengenali saya, saya akan berbohong yang saya belajar di tempat lain.

Kalau sebut saya belajar di UPNM, mesti mereka akan tanya pasal kes itu. Jadi saya malu sangat-sangat. Tapi yang mana kenal, mereka tahu saya macam mana dan mereka memberi sokongan moral. Mereka juga minta saya supaya banyak-banyak bersabar.

Jangan baca tajuk berita sahaja, baca semua cerita

Akmal nasihat supaya jangan baca tajuk berita sahaja

Akmal turut berharap netizen membaca perjalanan kes tersebut dari awal hingga akhir sebelum membuat penilaian.

Rata-rata netizen menilai sesuatu itu dari tajuk sahaja. Lagi bagus kalau mereka pergi sendiri ke mahkamah dan dengar sendiri .

Saya pernah berada di tempat tertuduh, dan saya tahu perasaan mereka. Berita yang disiarkan kadang-kadang hanya sebelah pihak sahaja.

Sekiranya arwah hidup nak mohon maaf kepadanya

Hubungan Akmal dengan arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain dikatakan amat baik.

Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain

Dia tiada apa-apa masalah dengan saya. Bagi saya arwah memang baik. Walaupun kami lain-lain pengajian tapi bila subjek kami satu kelas dia banyak tolong saya.

“Seandainya arwah masih hidup saya nak sangat minta maaf dekat dia sebab tak dapat nak selamatkan dia.

Tapi saya sentiasa doakan dia. Kalau kita doakan dia dekat sana, saya percaya dia akan bantu kita dekat sini, Insyallah.

Perjalanan hidup dalam tempoh dua tahun

Akmal berkata dia aktif dalam aktiviti persatuan, selain berkerja di kedai makan dan juga berniaga.

Saya diberi kepercayaan menjadi setiausaha Persatuan Neo Genesis. Daripada saya digantung universiti dan buang masa, baik saya berbakti kepada masyarakat menerusi program di Sekolah Tunas Bakti.

 

Selain itu saya ada buat bisnes sikit-sikit sekadar tampung duit poket.

Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah, membebaskan Muhammad Akmal daripada tuduhan mencederakan Zulfarhan.

sebahagian daripada 19 penuntut UPNM dihadapan Makhamah Majistret
Sebahagian daripada 19 penuntut UPNM dihadan Makhamah Majistret

Manakala, 18 orang tertuduh yang lain perlu membela diri dalam kes mencederakan dan membunuh Zulfarhan.

Sumber: Mstar

Comments

comments