Anggota Polis Maut Selepas Dirempuh Pemandu Mabuk

Isu mengenai pemandu mabuk masih tidak akan habis sekiranya individu berkenaan tidak mempunyai kesedaran berhubung dengan pengambilan alkohol secara berlebihan.

Memetik laporan Sabah Post, seorang anggota polis dilaporkan maut di tempat kejadian selepas motor yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta dipandu oleh pemandu yang dipercayai mabuk di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, Kluang.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.25 malam itu melaporkan Lans Koperal Bradford Bernard, 28, sedang dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang meninggal dunia di tempat kejadian selepas menjalankan tugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam sebelum pulang ke IPD Kluang.

Advertisement

Menurut laporan, pemandu kereta Mercedes-Benz berusia 58 tahun itu hilang kawalan sebelum merempuh motosikal yang ditunggangi mangsa. Hal itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu berkenaan ditahan dan hasil saringan ujian mendapati lelaki berkenaan positif alkohol melebihi had yang sepatutnya.

Lelaki itu direman selama empat hari untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber 

Comments

comments