Anggota Polis Melutut Mohon Maaf Bersama-Sama Penunjuk Perasaan Semasa Protes George Floyd

polis miami

Kejadian kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd telah membangkitkan kemarahan di seluruh dunia susulan isu perkauman yang timbul. Di Amerika Syarikat (AS) kini, protes masih diteruskan bagi menuntut keadilan di atas kematian individu tidak bersalah itu.

Baca: Aksi Pemandu Lori Merempuh Laju Pada Penunjuk Perasaan George Floyd Menimbulkan Tanda Tanya

Polis Miami dilihat berjaya mencairkan hati penunjuk perasaan yang berhasrat menyerang mereka apabila mengambil tindakan segera berlutut bagi memohon maaf. Rakaman dan gambar yang tular dikongsikan itu turut menyaksikan tangisan daripada beberapa anggota polis yang sedang melutut.

polis AS

Advertisement

Tindakan itu kemudian turut sama diikuti oleh penunjuk perasaan yang sama-sama ikut melutut. Beberapa pegawai polis di seluruh AS telah keluar untuk menyokong penunjuk perasaan George Floyd dengan berlutut sebagai tanda solidariti.

Di dalam protes yang dilakukan di Queens, New York City, anggota Pasukan Polis New York (NYPD) dapat dilihat berlutut dengan penunjuk perasaan setelah dipelawa oleh seorang paderi. Penunjuk perasaan kemudian membacakan nama orang berkulit hitam yang mati dalam konflik dengan polis.

polis amerika syarikat

Aleeia Abraham, yang turut serta di dalam protes itu mengatakan dia tidak pernah melihat anggota polis berlutut dengan penunjuk perasaan selama bertahun-tahun terlibat dalam aktiviti demonstrasi.

“Saya langsung tidak menjangkakan itu. Saya tidak pernah melihatnya. Ini petanda baik tetapi apa yang sebenarnya kami cari adalah tindakan,” kata Abraham.

Pada hujung minggu lalu, anggota polis dapat dilihat melutut bersama-sama penunjuk perasaan di beberapa kawasan di New York termasuklah di Times Square, New York City, dan Schenectady, Albany.

“Melutut” pertama kali digunakan sebagai tanda tunjuk perasaan ketika pemain San Francisco 49ers, Colin Kaeopernick duduk dan kemudian berlutut semasa lagu kebangsaan, sebelum perlawanan bola sepak pada tahun 2016 untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkauman dan kekejaman polis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments