Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Bertugas Untuk Operasi COVID-19

anggota polis

Masuk hari ketujuh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, Malaysia merekodkan 1518 kes jangkitan COVID-19 dengan 15 kematian dicatatkan setakat ini. Para petugas bertungkus lumus memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin sepanjang tempoh ini.

Berita menyedihkan diterima buat kakitangan pihak polis yang bertugas apabila seorang anggota polis dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas untuk Op Covid-19. Koperal Mohd Masri Maguni yang berusia 58 tahun itu dilaporkan pitam semasa sedang bertugas untuk operasi ini.

Anggota polis itu meninggal dunia jam 5.20 pagi hari ini selepas tiga hari menerima rawatan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menegaskan anggotanya itu meninggal dunia bukan akibat dijangkiti COVID-19 tetapi mengalami tekanan darah tinggi.

Pada Sabtu lalu, anggota polis terbabit dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan tugas Op COVID-19 itu. Allahyarham yang ketika itu mengalami kebas kaki, tangan dan pening kepala dikejarkan ke HSB selepas terjatuh di lokasi kejadian jam 4 petang.

Salam takziah diucapkan.

Comments

comments