Anjur Pertandingan TikTok, Netizen Lancar Petisyen Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan?

Hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah pertandingan TikTok yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas mempromosikan pertandingan tersebut menerusi laman Twitternya.

Lebih mengejutkan ramai, beliau juga turut berkongsi satu video TikTok yang menampilkan dirinya bersama-sama dua orang ‘influencer’.

Terbaru, satu petisyen telah diwujudkan menuntut Menteri Pengajian Tinggi itu untuk letak jawatan.

Petisyen itu mengatakan bahawa Dr Noraini tidak layak memegang jawatan tersebut apabila mempromosi aplikasi TikTok kepada belia.

Setakat ini, petisyen tersebut mendapat sokongan lebih 1,000 orang.

petisyen menteri pengajian tinggi letak jawatan

Terdahulu, rata-rata netizen berpendapat pertandingan itu tidak sesuai untuk dianjurkan apatah lagi ketika negara sedang berdepan dengan krisis COVID-19.

Menurut mereka, Dr Noraini Ahmad sepatutnya memainkan peranannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi dengan membantu pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang turut terkesan dengan penularan wabak pandemik tersebut yang mengganggu pembelajaran mereka.

Kredit Video : Twitter

Comments

comments