Apa Maksud 1119 (GCE-O) Pada Slip Keputusan SPM?

Seperti yang dimaklumkan kepada kita keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 telah diumumkan pada hari ini (5 Mac). Ramai pelajar lepasan SPM sangat teruja dan telah memuat naik slip peperiksaan mereka di laman sosial.

Tetapi ramai daripada kita pasti tertanya-tanya apakah maksud ‘1119 (GCE-O)’ yang terdapat dalam slip peperiksaan ini?

GCE 1119 adalah merupakan gred Bahasa Inggeris SPM kita . Maksud ‘1119’ ialah merupakan Kod kertas Essei Bahasa Inggeris,  dan ‘GCE-O’ pula merupakan keputusan kelayakan O-Level kita.

Advertisement

Sebenarnya subjek Bahasa Inggeris kita akan digredkan mengikut standard British yang merangkumi markah dari kertas 1 dan kertas 2. Selain itu, kertas soalan 1119 ini juga akan ditanda sebanyak dua kali iaitu mengikut standard pemarkahan di Malaysia, dan mengikut standard O-Level.

Bagi kelayakan O-Level kertas peperiksaan kita akan ditandakan oleh Cambridge Internasional Examination (CIE) dan gred yang terdapat dalam slip SPM kita adalah secara rasmi diberikan berdasarkan penanda aras British O-Level.

Gred yang diberikan adalah sama dengan keputusan GCE O-Level yang turut digunakan di negara-negara luar seperti United Kingdom (UK) dan Singapura.

Apa gunanya gred ini?

Gred ini berguna apabila kita ingin menyambung belajar di universiti luar negara. Jika kita mendapat keputusan yang baik dan memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di kebanyakan seperti universiti di UK, Australia dan New Zealand anda diterima masuk ke universiti mereka, dan anda tidak perlu lagi menduduki satu ujian International English Language Testing System (IELTS) iaitu ujian pengukuran kemampuan dalam Bahasa Inggeris yang diiktiraf dan digunapakai hampir di semua negara yang mempunyai hubungkait negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar rasmi English for International Opportunity .

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bagi yang kurang berjaya tu jangan kecewa dan berputus asa. Kerana gagal pada hari ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya, apa yang penting kita sudah usaha sebaik mungkin.

Sumber

Comments

comments