Apa Nak Hidang Jika Tetamu Datang Mengejut Musim Raya Ini?

1547

Sekarang adalah musim perayaan, kadangkala tetamu datang tanpa diduga. Tiba-tiba mereka membuat panggilan ingin berkunjung pada waktu terdekat. Apa yang kita boleh hidangkan pada tetamu kita dalam masa sejam sahaja?

Mari kami kongsikan kepada anda semua, jangan panik dan kalut-kalut ya, terdapat beberapa makanan yang boleh disediakan dalam tempoh sejam dengan sangat mudah. Tetapi anda semua kena pastikan bahan-bahan mentah ini perlu ada di rumah agar ia menyenangkan anda jika tetamu ingin berkunjung ke rumah anda.

Apakah hidangan express untuk tetamu datang mengejut masa musim raya ini?

Bihun Goreng

Mi terdiri daripada pelbagai jenis seperti mi kuning, bihun dan kuey teow. Anda boleh memilih salah satu jenis mi untuk dimasak dengan cara menggoreng.

Hidangan ini sesuai dimakan ketika tengahari, petang mahupun pada waktu malam. Dengan menggunakan mi dan beberapa bahan asas lain seperti sos tiram, garam, bawang putih, bawang merah dan bahan tambahan lain seperti ayam atau apa-apa jenis daging, hidangan ini adalah salah satu hidangan yang mudah disediakan.

Mi goreng boleh divariasikan dengan menggunakan bihun dan kuey teow. Sajian ini selalunya dihidangkan untuk tetamu yang datang secara beramai-ramai.

Nasi goreng

Nasi sentiasa ada di rumah anda. Kadang-kadang nak masuk lauk tidak sempat, apakata anda masaklah nasi goreng. Senang sahaja, dalam masa 15 minit hidangan nasi goreng anda pasti siap dan boleh dihidangkan kepada para tetamu yang datang.

Bihun sup

Mi sup juga salah satu hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Mi sup boleh dimasak dalam pelbagai jenis sebagai contoh bihun sup dan kuey teaw sup.

Hidangan bersup juga amat sihat jika dihidang kepada tetamu kerana tidak menggunakan cara memasak bergoreng yang memerlukan minyak.

Hidangan ini menggunakan air yang sememangnya akan memenuhkan perut anda dan membuat anda berasa kenyang.

Cucur

Resepi ekspres ini sesuai bagi tetamu yang datang pada waktu malam atau petang kerana sajian ringan ini boleh dihidangkan bersama minuman panas seperti teh atau kopi panas.

Cucur  boleh dihidangkan menggunakan pelbagai jenis bahan seperti ikan bilis, udang, bawang dan jagung.

Bagi sesiapa yang mahu memudahkan dan mempercepatkan lagi proses memasak cucur, anda boleh membeli cucur tepung segera yang datang dalam pelbagai jenis pilihan perisa oleh jenama terkemuka Adabi dan harganya juga sangat berpatutan.

Spageti

Spageti sangatlah mudah untuk dimasak pada zaman moden ini. nak dikatakan semua pasaraya menjual kuah spageti dan mee spageti ini.

Menu ini sungguh mudah untuk disediakan dengan hanya perlu merebus spagheti dan sediakan sosnya. Sosnya hanya perlu tambahkan sedikit lauk seperti udang, cendawan, ayam dan sosej dah siap untuk tetamu yang datang pada hari tersebut.

Kuih sejuk beku

Karipap yang disediakan banyak boleh disimpan di dalam freezer dan dibekukan, jika tetamu datang gorengkan sahaja. Keropok lekor juga adalah salah satu makanan yang mudah untuk dihidangkan kepada tetamu.

Jika anda membeli keropok lekor mentah, simpanlah keropok lekor di dalam freezer. Apabila hendak digunakan keluarkan keropok lekor dan dikukus seketika sebelum digoreng.

Sagu

Jika anda mahukan tetamu anda menjamah pencuci mulut, Sagu gula Melaka sesuai sebagai pembuka selera selain hidangan selepas makan.

Bahan-bahan penyediaan juga amat mudah untuk anda yang nak cepat dan malas nak fikir banyak, iaitu sagu, susu cair dan juga gula Melaka. Cara penyediaan pun cukup mudah, rebus sagu dan gula Melaka dan siap!

Buah Buahan

Kita musim raya ini perlu menyimpan buah buahan seperti pisang, tembikai, oren dan sebagainya. Ini kerana ia memudahkan anda semua untuk menghidangkan pada para tetamu yang hadir sebagai pencuci mulut.

Mudahkan? Jadi lepasni tak payah pening kepala nak beli KFC ke makanan dari luar. Hidangan ini sudah cukup bermakna untuk tetamu anda yang datang.

Comments

comments