Apa Rahsia Nak Dapat ‘Top Fans’ Beautifulnara?

3102

Siapa tak ingin menjadi ‘Top Fans’ dalam laman Facebook akaun Beautifulnara ? Kini semua orang ingin menjadi ‘Top Fans’ dan tren ini semakin tular dalam kalangan warga media sosial termasuk pembaca setia Beautifulnara.

Dalam Facebook sering kali orang bertanya bagaimana cara nak dapat top fans? Bila dah dapat top fans pasti anda semua akan berasa gembira.

Anda semua yang membaca artikel ini perlu meneruskan pembacaan untuk ketahui lebih lanjut bagaimana nak dapat top fans.

Menurut Feeling The Vibe Media, Facebook mengemaskini pangkat Top Fans ini secara mingguan.

Jadi mana-mana warga maya yang mendapat gelaran Top Fans akan memakai pangkat tersebut pada satu-satu page untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu sehinggalah kemas kini terbaru daripada Facebook.

Bagaimana gelaran Top Fans diberi?

Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anda yang sudi menjadi pembaca setia. Top Fans akan diberikan kepada mereka yang aktif dalam mengikuti semua posting di sesebuah page.

Sebagai pembaca anda perlulah aktif memberi komen, memberi reaksi seperti tekan butang ‘Like’ dan berkongsi posting berbanding pembaca-pembaca yang lain.

Apa yang anda semua perlu tahu dan sangat penting, Top Fans yang anda dapat bukan diberikan oleh pengendali tetapi Facebook sendiri.

Jika anda aktif membaca beautifulnara, gelaran Top Fans akan diperoleh lebih dari sekali.

Comments

comments