Apa Salah Taugeh Sampai Netizen Lancar Kempen #HentikanTaugeh?

Kata orang, kuetiau dengan taugeh ibarat bunga dengan daun. Serasi apabila bersama, sesuai digandingkan sentiasa.

Taugeh biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan kini menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat. Tetapi ada juga dikalangan para pemakan yang tidak suka taugeh dan akan mengasingkan untuk dibuang.

Oleh kerana ramai dalam kalangan para pemakan di Malaysia tidak menyukai taugeh, mereka telah melancarkan satu kempen #hentikantaugeh untuk mereka yang tidak gemarkan sayuran itu.

Ini bermula dengan seorang pengguna Twitter @oliowoots, dimana beliau mengasingkan setiap satu taugeh yang terdapat dalam hidangan kuetiau goreng yang dipesan berserta kapsyen  “Lunch today punya verita..#HentikanTaugeh.”

Tweet ini telah menjadi tular dan disambut baik oleh ramai individu lain yang juga tidak gemar makan sayur taugeh.

Advertisement

Bagi orang yang tidak gemar makan taugeh, mereka juga meletakkan gambar sedang mengasingkan taugeh dan menyokong kempen ini.



Tetapi rata-rata netizen mengatakan bahawa kempen ini adalah satu pembaziran makanan. Kata mereka jika anda sudah tahu makanan ini ada taugeh, minta tukang masak asingkan dan tidak meletakkan taugeh.


Ada juga netizen mengatakan kuetiau tanpa taugeh ibarat makan nasi tak berlauk.

Jadi apa pendapat anda, jika makan kuetiau tanpa taugeh?

 

Sumber:Twitter

 

 

Comments