Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Silent Carrier’ Atau Pesakit COVID-19 Yang Tidak Mempunyai Simptom

pesakit COVID-19

Kajian terkini tentang pembawa wabak COVID-19 tanpa simptom ini mungkin boleh membantu orang ramai untuk memahami sedikit sebanyak apakah yang berlaku. Sebelum ini, China mengesahkan telah menerima 1,300 kes tanpa gejala di negara mereka. Buat masa ini juga, China dilaporkan sedang memfokuskan kepada kes yang melibatkan ‘silent carrier’ yang semakin meningkat di sana.

Baca: China Terima 1,300 Kes COVID-19 Yang Tidak Mempunyai Gejala

Menurut Robert Redfield, Pengarah di Centers for Disease Control and Prevention, sebanyak 25% daripada mereka yang dijangkiti dengan coronavirus yang baru ini tidak akan menunjukkan sebarang simptom atau sakit tetapi masih lagi boleh menjangkiti yang lain.

Kami dapat mengesahkan sebilangan besar individu yang dijangkiti sebenarnya adalah ‘asymptomatic’ (mereka yang tidak menunjukkan simptom).

Menurutnya lagi, golongan ini adalah mereka yang cenderung untuk menyebarkan virus ini dengan pantas di seluruh dunia, yang mana jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 telah mencecah 1 juta orang. Ini menjadikan wabak ini lebih sukar untuk ditangani berbanding wabak SARS yang pernah melanda dunia satu ketika dahulu.

Advertisement

Kes pertama ‘asymptomatic’ dilaporkan berlaku pada bulan Februari yang lalu pada seorang wanita di dalam lingkungan 20-an di Wuhan, China. Wanita itu telah menjangkiti lima ahli keluarganya walaupun dia dilaporkan tidak mempunyai sebarang simptom mahupun jatuh sakit.

covid-19

Laporan daripada Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan pada Februari menunjukkan terdapat beberapa contoh kes baru yang melibatkan mereka yang positif tetapi tiada simptom. Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai simptom semasa di diagnos ini akan cuma mengalami simptom beberapa lama kemudian selepas itu.

WHO juga memberitahu 75% daripada rakyat China yang dikenalpasti sebagai ‘asymptomatic’ akan mendapat simptom jangkitan selepas tempoh masa tertentu. Manakala satu lagi kajian dari Centres for Disease Control and Prevention (CDC) mendapati 23 individu yang disahkan positif di sebuah rumah kejururawatan di King County, Washington, hanya 10 orang mengalami simptom semasa di diagnos.

Jumlah pesakit selebihnya di dalam kumpulan yang sama hanya mengalami simptom-simptom pesakit seminggu kemudian. Begitu juga dengan penumpang kapal mewah Diamond Princess yang dikuarantin di Jepun sebelum ini, daripada 3,711 penumpang yang diuji sebanyak 712 disahkan positif. Tetapi separuh daripada yang positif itu tidak menunjukkan sebarang simptom.

Pemakaian topeng muka boleh membantu

covid-19

WHO kini menyokong pemakaian topeng muka oleh orang awam tidak kiralah sama ada anda sakit ataupun tidak. Tetapi orang awam disarankan untuk memakai topeng muka yang diperbuat daripada kain buatan sendiri bagi memberi laluan kepada petugas perubatan untuk mendapatkan stok topeng muka bergred perubatan.

Dr. Anthony Fauci dari National Institute of Allergy and Infectious Diseases, memberitahu arahan baru daripada WHO ini penting memandangkan beberapa kes ‘asymptomatic’ atau pembawa tanpa simptom sudah dikenalpasti di beberapa negara.

“Terutamanya sekarang bahawa kita mendapat beberapa gambaran bahawa terdapat jangkitan dari seseorang yang tidak batuk, tidak bersin, yang nampak seperti orang sihat.”

Namun, pemakaian topeng muka tidak akan melindungi diri 100 peratus memandangkan ianya hanya perlindungan sementara ketika di luar. Seeloknya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak langsung memunculkan diri di kawasan awam melainkan atas tujuan kecemasan. Pada masa yang sama, amalkan kebersihan diri pada tahap yang maksima.

Comments

comments