Apa Yang Perlu Dan Mengapa? 5 Jenis Makanan Ringan Terbaik Untuk Pesakit Diabetes

makanan ringan untuk pesakit diabetes

Makanan ringan sangat digemari ramai tanpa mereka peduli akan kandungan tahap gula berlebihan atau bahan-bahan yang digunakan.

Namun, jika seseorang individu menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, mereka harus memilih makanan ringan yang sesuai dan bagus bahan kandungannya supaya tahap gula dalam darah sentiasa stabil.

Artikel ini sesuai untuk individu yang menghidap diabetes yang ingin mengawal tahap gula dalam darah.

1.Hummus dan batang sayur

Advertisement

Makanan ringan yang berkhasiat ini merupakan sayur mentah dan segar serta berasaskan kacang.

hummus dan batang sayur

Hummus yang berasaskan kacang buncis dapat meningkatkan kawalan glisemik dan juga menurunkan tindak balas glisemik dengan melambatkan kadar penyerapan karbohidrat oleh badan.

Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan kesan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang lebih tinggi. Anda boleh menggunakan sayuran seperti carrots dan lada benggala untuk dimakan bersama hummus.

2. Roti bakar bersama avocado

Individu yang menghidap diabetes boleh mengamalkan roti bakar yang disapu avocado sebagai makanan ringan.

roti bakar dan avocado

Satu cawan avocado dianggarkan mengandungi 19.6g karbohidrat, 1.52 gula, 15.4 serat, 33.7g lemak dengan hanya 4.89g lemak tepu dan 368 kalori.

Buah avocado mengandungi serat yang tinggi dan rendah gula, karbohidrat dan juga lemak tepu di mana ianya sangat bagus untuk penghidap diabetes.

3. Epal dan mentega badam

Buah epal sangat bagus dimakan oleh penghidap diabetes kerana ia rendah gula. Mentega badam pula mengandungi banyak serat daripada mentega kacang. Dianggarkan mentega badam mengandungi 1.65g berbanding mentega kacang iaitu 0.768g.

4. Keju dan bijirin

Keju mengandungi karbohidrat yang rendah. Menurut kajian, produk tenusu seperti keju dapat meminimumkan daya tahan insulin kerana ia kaya dengan vitamin D.

Antara khasiat vitamin D ialah meningkatkan daya tindak balas insulin dan mempunyai kesan langsung terhadap rembesan insulin.

5. Kacang badam

Kajian menyatakan dengan memakan kacang badam dapat menurunkan kadar insulin dan pengambilannya setiap hari mungkin dapat mengawal kadar gula dalam darah.

kacang badam

Walau bagaimanapun, kekacang mengandungi jumlah kalori yang tinggi dan ia mungkin beri kesan sampingan kepada individu yang sedang mengamalkan diet pemakanan seimbang.

SUMBER

 

 

 

Comments

comments