Aplikasi MySejahtera Bakal Perkenal Ciri Baharu Buat Ibu Hamil Dan Menyusu

Ciri baharu aplikasi MySejahtera

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata ibu hamil dan yang sedang menyusukan anak kini boleh memaklumkan keadaan mereka melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksinasi COVID19. Ciri terbaru itu akan diperkenalkan pada hujung minggu ini.

“Satu ciri baharu dalam MySejahtera akan diperkenalkan hujung minggu ini”.

“Ibu hamil atau ibu menyusukan anak boleh mengenalpasti diri untuk janji temu diberikan kepada mereka bagi menerima vaksin”.

Beliau berkata demikian pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.

Tambahnya, pemberian vaksin untuk golongan itu disyorkan untuk ibu yang hamil antara 14 hingga 33 minggu.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis ini untuk menentukan jika vaksin jenis AstraZeneca boleh diberikan kepada ibu hamil juga”.

Vaksin Pfizer disyorkan diberikan kepada ibu hamil dan menyusu manakala setakat ini vaksin keluaran AstraZeneca hanya akan diberikan kepada ibu menyusu saja.

Advertisement

SUMBER

SUMBERBerita Harian

Comments