Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Paparan Status Vaksinasi Keluar Selepas Imbas Kod QR

MySejahtera

MySejahtera merupakan satu aplikasi penting yang perlu ada dalam telefon pintar setiap individu bagi mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi urusan keluar masuk di sesebuah premis.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di laman Twitternya, beliau memaklumkan bahawa aplikasi MySejahtera telahpun dikemaskini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko pengguna.

 

Advertisement

Maknanya, setiap kali korang imbas kod QR untuk masuk ke sesebuah premis, paparan vaksinasi individu akan terus dipaparkan tanpa perlu pergi ke Profile seperti sebelum ini.

MySejahtera
Sumber: BHOnline

Bukan tu jer, satu butang ‘Check Out’ juga telah ditambah bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat ketika keluar dari premis tersebut.

Korang dah update ke belum? Mana yang belum update tu boleh pergi ke App Store bagi pengguna iOS dan Play Store bagi pengguna Android sekarang ya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTwitter KJ

Comments