Aplikasi Recite Kini Boleh Dimuat Turun Di App Store – Altimet

1354

Aplikasi Recite yang dilancarkan tahun lalu semakin mendapat sambutan bukan sahaja dari pengguna di Malaysia tapi juga di Indonesia dan juga Eropah.

Menerusi akaun Instagram nya, Altimet memaklumkan aplikasi Recite versi iOS sudah boleh dimuat turun di App Store. Sebelum ini aplikasi tersebut hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Android sahaja.

Untuk mereka yang tidak tahu, Altimet yang mengumumkan persaraannya tahun lalu kini menguruskan aplikasi Recite dalam membantu mereka yang ingin mengaji Al-Quran.

Menerusi aplikasi ini pengguna dapat memperbaiki bacaan mereka dan mendapatkan maklumbalas dari tenaga pengajar yang bertauliah mengenai bacaan anda.

Anda boleh memuat aplikasi ini di Google Play Store dan Apple Store secara percuma. Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook dan Instagram Recite App.

Comments

comments