Aplikasi Reels Bakal Menjadi Saingan Kepada TikTok

Aplikasi media sosial terkenal Instagram bakal memperkenalkan ciri baru yang mempunyai fungsi ala TikTok bagi penggunanya mulai Ogos depan.

Syarikat itu pada Jumaat lalu, mengumumkan mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan ciri perkongsian video berkenaan yang dinamakan Reels itu, di Amerika Syarikat dan 50 negara lain.

bakal bersaing dengan tiktok, aplikasi dari instagram ini katanya lebih ‘baik’

Kemunculan Reels dijangka menjadi saingan kepada populariti TikTok selepas aplikasi itu dilarang dibeberapa buah negara seperti India dan Amerika Syarikat  juga menunjukkan tanda bakal melakukan larangan yang sama.

Advertisement

bakal bersaing dengan tiktok, aplikasi dari instagram ini katanya lebih ‘baik’

Reels membolehkan penggunanya untuk merakam video berdurasi 15 saat dan menyuntingnya dengan muzik dan audio pilihan sebelumianya  dikongsikan ke Instagram Story mereka.

Buat masa ini masih belum ada lagi tarikh rasmi bagi pelancaran aplikasi berkenaan.

Selain Instagram, YouTube juga sedang membangunkan satu ciri dinamakan Shorts bagi memberi saingan kepada TikTok.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments