Aplikasi WhatsApp Bakal Hadir Dengan Tema ‘Dark Mode’ Untuk Penggunanya

3419

Selepas beberapa aplikasi lain tampil dengan fungsi ‘dark mode‘, kali ini aplikasi permesejan WhatsApp turut mengikut jejak langkah yang sama. Kebanyakan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sudah pun memperkenalkan fungsi ini dan diterima baik oleh penggunanya.

Seperti yang dilaporkan oleh Techradar, bukan hanya satu tema ‘dark mode‘ yang ditawarkan tetapi ada dua tema. Tema ‘dark mode‘ ini juga boleh digunakan oleh pengguna iOS dan juga Android.

whatsapp dark mode
Walaupun setakat ini masih belum ada imej rasmi yang dikongsikan tentang fungsi ‘dark mode‘ ini, dikhabarkan ianya bakal diperkenalkan kepada pengguna tidak lama sahaja lagi. WhatsApp juga sedang giat mengusahakan agar fungsi terbaru ini dapat digunakan dengan baik tanpa sebarang ‘bug‘.

Menurut News18, selain fungsi ‘dark mode‘, WhatsApp juga akan membolehkan pengguna menstrim trailer Netflix melalui aplikasi itu. Pengguna dapat menonton trailer Netflix pada paparan mesej tanpa perlu menukar kepada aplikasi lain.

Comments

comments