Aplikasi WhatsApp Tidak Lagi Dapat Digunakan Oleh Beberapa Jenis Telefon Mulai 2020 Ini

aplikasi whatsapp

Mulai tahun hadapan, aplikasi WhatsApp tidak akan berfungsi untuk beberapa jenis telefon pintar Android, iPhone dan Windows. Berdasarkan ruangan FAQ aplikasi tersebut yang dikemaskini, aplikasi permesejan itu akan menarik balik sokongan untuk OS versi lama mulai 1 Februari 2020.

Maklumat di ruangan FAQ itu juga memberitahu, telefon Android yang menggunakan sistem pengendalian Android 2.3.7 dan lebih rendah serta iPhone yang menggunakan iOS 8 dan yang lebih rendah tidak akan serasi dengan aplikasi itu pada tahun depan.

whatsapp

Sistem pengendalian versi yang lama ini tidak lagi mampu membuka akaun yang baru atau mengesahkan semula akaun sedia ada. Masalah itu turut berlaku pada pengguna iPhone iOS 8 dan sistem operasi lama. Syarikat aplikasi ini juga meyakinkan pengguna keputusan ini tidak akan menjejaskan jumlah pengguna yang ramai.

Advertisement

Sebelum ini ura-ura aplikasi permesejan ini bakal mempunyai tema dark mode membuatkan ramai teruja. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Aplikasi WhatsApp Bakal Hadir Dengan Tema Dark Mode Untuk Penggunanya

Comments

comments