Apple Bakal Lancarkan Enam Model Terbaru iPhone 12 Pada Tahun Hadapan

34279

Sebelum ini, khabar angin tentang kemunculan iPhone 12 berjaya membuatkan pengguna iPhone 11 tak senang duduk dibuatnya. Tapi nampaknya khabar angin ini mungkin bakal menjadi kenyataan, apabila Mac Rumors menguatkan lagi dakwaan itu.

Baca: Khabar Angin iPhone 12 Bakal Muncul, Pengguna iPhone 11 Mula Tak Senang Duduk

Apple dikhabarkan bakal mengeluarkan enam model iPhone 12 dengan tiga model rangkaian 5G dan tiga lagi untuk rangkaian 4G. Kali ini rangkaian 5G turut ditawarkan walaupun jumlah negara yang menyokong rangkaian ini masih rendah buat masa ini.

iphone 11
Kredit: Business Insider

Penganalisis mengandaikan enam model yang bakal dikeluarkan pada tahun 2020 adalah seperti berikut:

  • iPhone 12 4G: skrin LCD 6.1 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro 4G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro 5G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro Plus 4G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera, Time-of-Flight 3D sensing capabilities
  • iPhone 12 Pro Plus 5G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera dengan ToF
  • iPhone 12 Pro Max 5G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera dengan ToF
iphone 11
Kredit: Wired

Selain daripada enam model iPhone 12, Apple juga bakal melancarkan iPhone 9 yang dijangkakan akan dilancarkan pada bulan Mac ini. Model iPhone 9 ini akan ditawarkan dengan harga mampu milik dengan harga pengenalan di bawah RM2,000.

Artikel berkaitan: Lihat Evolusi iPhone Dari Tahun Ke Tahun Sejak Pertama Kali Pembuatannya

Sumber

Comments

comments