Apple Event 2019: Tiga Model iPhone 11 Diperkenalkan dengan Tambahan iPad 2019 dan Watch Series 5

961

Apple baru sahaja melancarkan tiga model terbaru iPhone semalam iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Selain itu turut dilancarkan ialah iPad 2019 dan Apple Watch Series 5. Bukan sahaja pelancaran untuk model terbaru malah Apple turut membuat kejutan dengan memperkenalkan Apple Arcade dan Apple TV Plus.

iPhone 11

pelancaran iphone 11
Model iPhone 11 didatangkan dengan kamera dual configuration dan rekaan terbaru dalam enam pilihan warna iaitu ungu, putih, kuning, hijau, hitam dan merah. Antara ciri-ciri menarik yang diperkenalkan ialah audio Dolby Atmos, Wi-Fi 6, lens kamera ultra wide dan juga ciri kamera lain yang dipertingkatkan.

Untuk bateri iPhone 11 ianya akan bertahan satu jam lebih daripada iPhone XR. 

Apple juga memperkenalkan ciri slo-mo video yang boleh diambil secara selfie dipanggil slofies.

screenshot iphone 11

iPhone 11 Pro & 11 Pro Max

apple iphone 11 pro
iPhone Pro 11 dan juga ‘kembar’ besarnya iPhone Pro Max mempunyai paparan OLED “Super Retina XDR” yang didasarkan pada Pro XDR Display yang mempunyai spesifikasi serupa tetapi bukan OLED. Ia mempunyai persediaan tri-kamera yang licin, penampilan matte baru, dan menggunakan A13 Bionic.

Kesemua ciri kamera baru diperkenalkan dengan lensa ultra wide yang membolehkan 4x zoom, fokus pixels dari setiap sudut dan pemprosesan imej yang dipertingkatkan.

Apple mendakwa jangka hayat bateri lebih lama walaupun dengan kesemua ciri yang dilengkapkan itu. Turut hadir dengan fast-charge adapter.

Jangka hayat bateri juga mampu bertahan 4 jam lebih daripada iPhone XS. Manakala iPhone 11 Pro Max mampu bertahan 5 jam lebih daripada iPhone XS Max.

iphone 11 pro
iPhone 11 Pro berharga $999 dan iPhone 11 Pro Max berharga $1099. Pre-order akan bermula pada hari Jumaat ini dan akan dipasarkan pada 20 September.

Apple Watch Series 5

apple watch series 5
Didatangkan dengan paparan new always-on tetapi masih mengekalkan jangka hayat bateri. Ia juga mempunyai rekaan band dan muka baru yang mewah diperbuat daripada 100 peratus aluminium dikitar semula. Model GPS akan bermula pada $3999 dan $499 untuk model sel. Siri 3 kekal dalam lineup ini tetapi harganya menurun kepada $199 sebagai permulaan.

Apple juga mengumumkan tiga kajian kesihatan baru: pendengaran, jantung dan pergerakan dan pengesanan kitaran haid.

iPad 2019

ipad 2019
Apple menggantikan iPad generasi keenamnya dengan iPad generasi ketujuh bersaiz 10.2 inci baru yang dioptimumkan untuk OS iPad baru. Ia mendapat kecerahan skrin yang lebih baik, sudut tontonan yang dipertingkatkan, cip Fusion A10 dan menambah Smart Connector ditambah dengan penutup papan kekunci pintar terbaru.

Jadi, anda boleh menikmati semua permainan dan kandungan terbaru pada iPad 2019 ini dengan harga $329.

Apple Arcade & TV Plus

Apple memperkenalkan beberapa permainan terbaru yang boleh dilanggan bermula bulan ini dengan langganan $4.99 sebulan untuk satu keluarga juga percubaan percuma selama sebulan akan diberikan. Apple TV Plus akan dilancarkan pada 1 Nov ini di lebih 100 negara pada harga $4.99 sebulan.

Comments

comments