Apple Lancar Empat Variasi iPhone 12, Harga Bermula Dari RM3,399

Apple kini telah melancarkan iPhone 12 menerusi empat variasi yang turut mengekalkan tetapan tiga lensa di peranti tersebut.

Rekaan fizikalnya juga dilihat menggunakan kembali reka bentuk iPhone 4 atau iphone 5 yang lebih geometrik.

Lebih menarik, peranti ini juga tidak ketinggalan menampilkan keupayaan jaringan 5G bagi keluaran terbaru ini.

Advertisement

Empat model siri iPhone 12 berkenaan adalah iPhone 12 Mini (5.4 inci), iPhone 12 (6.1 inci), iPhone 12 Pro (6.1 inci) dan iPhone 12 Pro Max (6.7 inci) dan membezakan model baharu ini adalah pengenalan kepada versi ‘mini’.

Lebih menarik rangkaian ini juga mempunyai teknologi skrin Ceramic Shield yang lebih tahan lasak berbanding telefon pintar lain.

Kedua-dua iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max mempunyai 3 lensa di belakang, 12MP lensa utama, 12MP lensa telephoto dan 12MP lensa sudut lebar.

Semua versi iPhone berkenaan dikuasakan dengan pemproses binaan 5nm pertama di dunia iaitu Apple A14 Bionic yang menawarkan kuasa prestasi lebih baik, malah turut menyumbang kepada keupayaan pemprosesan lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Bagaimanapun, Apple tampil mengesahkan bahawa kesemua model ini tidak lagi disertakan pengecas dan earpod sebaliknya hanya membekalkan kabel USB C ke Lightning untuk setiap pembelian. Tindakan Apple ini adalah untuk mengambil langkah menjaga alam sekitar, malah kotak pembelian iPhone 12 dan ke atas juga khabarnya lebih kecil berbanding model-model iPhone sebelum ini.

Oleh hal yang demikian, ini merupakan senarai harga empat peranti baharu ciptaan syarikat gergasi teknologi Apple tersebut.

iPhone 12 Mini – RM3,399

iPhone 12 – RM3,899

iPhone 12 Pro – RM4,899

iPhone 12 Pro Max – RM5,299

Airpods Pro – RM1,099

MagSafe Charger – RM179

Sumber: Apple

Comments

comments