Apple Mungkin Akan Menggantikan Warna Midnight Green Dengan Navy Blue Untuk iPhone 12 Pro

779
iphone 12

Walaupun ini hanyalah satu khabar angin sahaja tetapi ianya sudah cukup memberikan keterujaan kepada peminat produk Apple ini. Khabar angin mengatakan Apple mungkin akan menampilkan satu warna baru iaitu Navy Blue dan menggantikan warna Midnight Green.

Jika dilihat sebelum ini, penerimaan dan sambutan orang ramai tentang warna Midnight Green ini cukup memberangsangkan. Berdasarkan sambutan baik ini, tidak mustahil Apple kini tampil dengan percubaan warna yang baru pula.

iphone 12 navy blue
Sumber
iphone 12 navy blue
Sumber

Penggunaan warna Navy Blue ini juga dikatakan hanya terdapat eksklusif untuk model Pro sahaja seperti mana warna Midnight Green yang hanya terdapat untuk iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Berdasarkan khabar angin ini, sekiranya ianya benar maka barisan model iPhone 12 akan menampilkan pilihan warna Space Gray, Silver, Gold dan Navy Blue (mungkin dipanggil Midnight Blue).

Tidak pasti sejauh mana kepastian ini tetapi sekiranya betul apa yang dikongsikan oleh Everything Apple Pro ini, Apple sekali lagi akan menarik perhatian dengan penampilan warna baru yang boleh menjadi faktor jualan tinggi iPhone. Sama-sama kita nantikan pelancaran model iPhone 12 yang dijangkakan berlangsung September ini.

Comments

comments