Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Selepas Penularan Coronavirus Yang Semakin Membimbangkan

1073
kaabah

Di dalam satu kenyataan, Arab Saudi memberitahu akan menggantungkan kemasukan jemaah yang ingin menunaikan umrah buat sementara waktu. Ini semua sebagai langkah keselamatan bagi memastikan para jemaah tidak dijangkiti wabak coronavirus atau COVID 19 yang kian menular.

Baca: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Larangan kemasukan jemaah umrah ini juga termasuk lawatan ziarah ke Masjid Nabi di Madinah yang selalu menjadi salah satu lokasi dikunjungi para jemaah umrah. Pada masa ini, pihak kementerian kesihatan Arab Saudi giat memantau kemasukan keluar masuk di lapangan terbang Jeddah dan Madinah.

Penggantungan ini juga turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19. Sementara itu, antara garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengawal virus itu termasuk lah menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah. Buat masa ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang rakyatnya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

Sebelum ini, para pelancong juga dinasihatkan untuk tidak memasuki negara Korea Selatan yang semakin mencatatkan jumlah kes COVID-19 yang membimbangkan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Penduduk Korea Selatan Nasihat Pelancong Tambang Murah – Ini Masa Terburuk Untuk Datang

Sumber

Comments

comments